GAMBAR PENEMBAK TEPAT DI CHINA MENGIRA KEDUDUKAN SASARAN


Pengiraan + Kalkulator, Cara Sniper China Menembak Sasaran Dengan Tepat
Menurut microblog Weibo, ini adalah cara bagaimana askar sniper dari China dapat menembak pada sasaran dengan begitu tepat


source

GAMBAR CARA SUAMI CURANG DI AJAR ISTERI DENGAN CARA MELAMPAU


Seorang isteri di Superior, Wisconsin begitu marah dengan suaminya kerana didapati curang ke atas nya. Jadi apa yang isteri ini buat adalah mengangkut semua barang milik suaminya itu dan cuba memberikan semuanya secara percuma. Semua ini adalah barang milik suaminya termasuk sebuah SUv GMC Yukon dan banyak lagi benda lain. Semua ini dipamerkan di depan rumah.

[GAMBAR]JOM KAUM PEREMPUAN BELAJAR CARA AWEK KOREA MEKAP BAGI NAMPAK MATA BULAT DAN COMEL


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
via : asian 

14 Kuasa Hebat Teh



Hiasan
ANDA penggemar Teh? Pastinya anda tersenyum sampai ke pipi mendengar khabar berita ini. Menurut satu penelitian yang di lakukan oleh pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Didapati teh mengandungi pelbagai khasiat dan manfaat yang amat berguna. Antara manfaat teh sebenarnya amat banyak, Antaranya seperti yang tercatat di bawah:-
1. Teh mampu membangkitkan semangat, meningkatkan daya pemikiran dan ingatan seseorang.
2. teh beruapaya menghilangkan rasa letih, meningkatkan metabolisme tubuh, memelihara fungsi jantung, pembuluh darah, usus dan hati.
3. Minum teh mampu mencegah kerosakan gigi, Dikatakan amalan meminum teh pada kanak-kanak dapat mengurungkan risiko kerosakan gigi sebanyak 60%.
4. Minum teh dapat menghambatkan sel penuaan. Kesan antipenuaan yang terdapat didalam daun teh adalah 18kali ganda komposisinya daripada vitamin E.
5. Minum teh dapat memperlahan dan menyekat pembentukan lemak pada selaput dalam pembuluh darah, mencegah pengerasan pembuluh nadi, tekanan darah tinggi dan penyumbat pembuluh darah pada otak.
6. Minum teh dapat merangsangkan saraf pusat dan merangsangkan kekuatan gerakan tubuh.
7. Amalan minum teh berupaya menurunkan berat badan dan menjaga kecantikan.
8. Minum teh di percayai dapat mengatasi masalah katarak yang biasa dialami oleh mereka yang berusia. Tidak hanya dengan itu, ia juga boleh dijadikan penawar untuk mengubati radang rongga mulut dan radang rongga kerongkong yang kerap menyerang pada musim panas.
9. Minum teh dapat melindungi fungsi pembentukan darah. Daun teh mengandungi zat proteksi radiasi, Menonton televisyen sambil minum teh dikatakan dapat mengurangi bahaya radiasi televisyen sekali gus melindungi daya penglihatan anda.
10. Minum Teh dapat memelihara dan mengawal pengaliran darah dalam tubuh.
11. Air teh mudah di serap segera dalam tubuh dan di oksida.
12. Menyejukkan tubuh dan menurunkan suhu badan. Dikatakan selepas sembilan minit minum teh hangat, suhu tubuh menurun sebanyak 1 hingga 2 darjah Celsius.
13. Daun Teh mengandungi banyak unsur mikronutrien yang amat bermanfaat untuk tubuh.
14. Daun teh berupaya mengekang pertumbuhan sel kanser.

Wanita Malaysia Dipercayai Jual Ovum


KUALA LUMPUR – Fenomena jual beli ovum dan sperma untuk mendapatkan anak dipercayai turut dilakukan rakyat negara ini.
Bekas Presiden Persatuan Perubatan Islam Malaysia (PPIM), Prof. Dr. Abdul Latiff Mohamed berkata, beliau tidak menolak kemungkinan ada klinik kesuburan dan hospital swasta di negara ini yang menjalankan perniagaan itu untuk meraih keuntungan.
“Harga sebotol kecil air mani lelaki di pasaran antarabangsa boleh mencecah antara RM650 hingga RM900 sebotol, bergantung kepada etnik, bentuk fizikal, latar belakang pendidikan dan kesihatan penderma. Ovum wanita pula pernah dijual sehingga RM100,000,” katanya.
Beliau diminta mengulas isu urus niaga sperma dan ovum di dunia yang dilaporkan mencecah nilai berbilion ringgit setahun. Denmark, misalnya, merupakan pembekal sperma terbesar dunia dengan mengeksportnya ke beberapa negara seperti Kanada, Kenya, Paraguay dan Hong Kong.
Sperma dan ovum mendapat permintaan tinggi daripada pasangan gay dan lesbian, wanita yang enggan berkahwin, serta wanita yang sudah menopaus tetapi mahukan anak.

Barang rumah kena angkut


SIMPANG EMPAT – “Janganlah ambil barang dalam rumah saya, malu pada jiran”. Begitulah antara rayuan pemilik rumah apabila penguat kuasa Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) melakukan Operasi Cukai Pintu di rumah mereka, semalam.
Kegagalan pemilik rumah itu melunaskan tunggakan cukai pintu menyebabkan sebuah televisyen, komputer riba dan sofa dirampas pada operasi berkenaan.
Ketua Bahagian Hasil MBAS, Azalina Abdu Rahman berkata, operasi yang dijalankan itu membabitkan tiga rumah di Taman Desa Damai dan empat rumah di Taman Bersatu.
Menurutnya, penguat kuasa MBAS terpaksa menyita barang dan peralatan di dua rumah terlibat, kerana pemiliknya gagal melunaskan bayaran selama 15 tahun.
“Sebelum operasi ini dijalankan, kita sudah menyerahkan notis E kepada rumah pada 23 Mac lalu, namun apabila tiada reaksi daripada pemilik, kita terpaksa melakukan sitaan.
“Rumah pertama yang disita membabitkan jumlah tunggakan sebanyak RM1,955.09, manakala rumah kedua RM1,955.80,” katanya selepas tamat operasi, semalam.
Azalina berkata, operasi yang dijalankan itu membabitkan rumah yang mempunyai tunggakan cukai pintu melebihi lima tahun walaupun tunggakannya tidak melebihi RM1,000.
Menurutnya, jumlah keseluruhan tunggakan cukai pintu bagi sembilan rumah terlibat berjumlah RM15,629.79, manakala keseluruhan tunggakan cukai pintu dianggarkan kira-kira RM22 juta.
Pada operasi itu turut melibatkan sebuah rumah di Taman Desa Damai yang disewa kepada penyewa, namun pemilik rumah gagal melunaskan tunggakan cukai pintu selama 11 tahun.
Menurutnya, penyewa rumah perlu sama-sama peka dengan pembayaran cukai pintu yang perlu dilunaskan pemilik rumah.
“Kita nasihatkan pemilik rumah segera membuat pembayaran sekiranya mereka mendapati terdapat bayaran tertunggak,” katanya.sumber

Johan Raja Lawak diboikot?


Nama, Johan Raja Lawak bukan lagi asing dalam industri hiburan.Tidak hairanlah jika dia mampu menyandang gelaran Pelakon Komedi Popular menerusi Anugerah Bintang Popular (ABP) baru-baru ini.
Namun, dalam kerancakan mengejar kerjaya seninya, timbul pula pelbagai kontroversi yang membabitkan pelawak kegemaran ramai ini.
Johan atau nama sebenarnya, Mohd Yazid Lim Mohd Aziz, 28, dikecam hebat apabila lakonannya sebagai profesor dalam sebuah video bersama Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik, membangkit kemarahan penyokong perhimpunan Bersih.
Isu ini turut dipanjangkan menerusi satu akaun, Facebook, ‘Kami Boikot Johan Raja Lawak’, sebagai tanda tidak puas hati segelintir pihak terhadap pelawak tersohor ini.
Rata-rata membuat permohonan agar Johan tampil memohon maaf di atas tindakannya yang dianggap menyentuh isu sensitiviti masyarakat. Zass cuba mendapatkan Johan, namun gagal. Bagaimanapun, isterinya Ozlyn, sedia memberikan
kerjasama.
Terkejut dengan berita itu, Ozlyn yang juga merupakan pelakon, memohon agar perkara ini tidak diperbesarkan.
“Kami tidak tahu apa-apa pun kerana kami baru sahaja pulang bercuti daripada Australia. Johan tidak pernah bagi tahu apa-apa mengenai perkara ini.
“Kemungkinan besar, dia tidak mengetahui isu ini. Jadi, saya tidak berani untuk memberikan sebarang kenyataan. Lagipun kami tak tengok lagi video itu.
“Kami tidak memerlukan sebarang kontroversi, namun, jika ada ketelanjuran dan silap yang Johan lakukan semasa ‘on air’, itu tidak disengajakan,” katanya yang juga bertindak sebagai pengurus Johan.
Ozyln berkata, dia sering menasihati Johan agar tidak keterlaluan ketika membuat persembahan. Namun ada kalanya, suaminya gagal mengawal keadaan apabila membuat persembahan secara langsung. Namun dia yakin, Johan tidak mempunyai agenda lain melainkan hanya untuk menghiburkan peminat.
Berhent i berlako n?
Tidak berkesempatan untuk menguruskan pelbagai perkara dalam satu masa, Johan terpaksa mengambil keputusan untuk berhenti berlakon untuk sementara waktu.
Menurut Ozlyn, Johan masih terikat dengan banyak perkara yang memerlukan dia menolak sebarang tawaran untuk berlakon buat sementara waktu.
“Johan tengah sibuk dengan Super Spontan dan juga stesen radio, Era FM. Jadi, jadualnya sangat padat buat ketika ini. “Selain itu, kami juga bakal menghasilkan program komedi sendiri yang bakal disiarkan di televisyen.
Namun, ia masih di peringkat perbincangan lagi. “Kami tidak boleh menguaruarkan perkara itu kerana masih di peringkat awal,” katanya.sumber

Mayat Bayi Dalam Periuk


BATU PAHAT – Sepasang suami isteri yang panik mencari anak hilang, terkejut dan bingung apabila anaknya ditemui dalam periuk di rumah mereka di Kampung Sri Ladang, Rengit, Jumaat lalu dalam keadaan tidak bernyawa.
Bayi malang berusia dua bulan itu, Asyraful Iskandar Mohd Noor, ketika ditemui polis, berada dalam periuk dalam kabinet dapur.
Bapa bayi itu, Mohd Noor Salleh, 58, berkata, pada hari kejadian jam 8 pagi, Iskandar tidur dalam buaian, malah dia sempat menjenguk anaknya sebelum keluar ke klinik.
“Pagi itu, sebelum ke Klinik Kesihatan Sri Merlong untuk ambil ujian tekanan darah, saya sempat menjenguk Iskandar.
“Bagaimanapun, sewaktu pulang ke rumah sejam kemudian, isteri kelam-kabut memberitahu Iskandar hilang dari dalam buaiannya,” katanya.
Menurut Mohd Noor, isterinya, Zarinah Dahalan, 42, memberitahu, dia sedang membuai Iskandar dan bangun meninggalkan bayi itu seketika untuk memasak.
“Apabila isteri saya kembali ke buaian, dia lihat Iskandar tiada di situ,” katanya.
Mohd Noor lantas memaklumkan kepada jiran untuk sama-sama mencari anaknya.
“Puas saya bertanya dengan semua  jiran dan mencari Iskandar di merata-rata tempat, namun tidak berhasil.
“Setelah menemui jalan buntu, saya buat laporan berhubung kehilangan Iskandar di Balai Polis Rengit pada hari sama jam 11 pagi,” katanya
Menurutnya, sepasukan anggota termasuk pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat kemudian tiba di rumah sebelum memeriksa setiap bahagian.
“Semasa pemeriksaan lanjut dibuat, polis menemui Iskandar dalam periuk yang diletakkan dalam kabinet di bahagian bawah ruang dapur.
“Ketika itu bayi kami sudah meninggal dunia. Mayat Iskandar dihantar ke Hospital Batu Pahat untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, beliau mengesahkan kejadian berkenaan.
“Berdasarkan bedah siasat pada mayat Iskandar, tiada kesan mencurigakan ditemui dan polis mengklasifikasikan kes ini sebagai kematian mengejut,” katanya.
Dalam pada itu, Zarinah ketika ditemui Sinar Harian masih lagi trauma dan enggan ditemu ramah. Iskandar, anak bongsu pasangan berkenaan mempunyai seorang lagi abang berusia 15 tahun, namun dia tidak berada di rumah pada masa kejadian kerana berada di sekolah.
Jenazah Iskandar selamat dikebumikan pada keesokan harinya.

Subhanallah!! Ayam Disembelih Tidak Mati


PENDANG – Sudah disembelih, tapi tidak mati. Begitulah tanda kekuasaan ALLAH di mana ayam sabung kacukan selasih yang disembelih oleh seorang penduduk kampung sekitar kawasan Bukit Raya Dalam dua minggu lalu, masih hidup.
Kejadian berlaku kira-kira 10 pagi apabila pemilik ayam, Esomuddin Idris, 40, menyembelih ayam itu untuk dijadikan juadah, namun selepas disembelih, ayam itu tidak mati walaupun urat mareh, leher dan pedal telah putus.
Menurutnya, dia tidak menyangka ayam sabung kacukan selasih yang diberikan rakannya dari Parit Buntar Perak itu mempunyai keistimewaan.
“Sudah sembilan hari disembelih, ayam itu tak mati-mati.
“Saya sembelih mengikut cara yang sepatutnya dan apabila sudah selesai saya keluarkan darahnya serta melepaskannya dengan harapan ayam itu akan mati.
“Saya terkejut, dua jam selepas itu ketika mahu untuk mengambil ayam terbabit, ia berjalan dan memanjat pokok seperti biasa bersama ayam lain,” katanya.
Esomuddin berkata, ayam itu kelihatan segar dan kuat walaupun ia tidak boleh makan dan minum kerana semua urat pada bahagian leher putus.
“Semua rakan-rakan serta penduduk kampung tidak ketinggalan melihat ayam terbabit sehingga ada penduduk yang meminta saya menjual ayam itu dengan harga RM10,000 namun saya tidak mahu menjual kerana bimbang disalahgunakan untuk tujuan khurafat.
“Hari ini (hari ke sembilan) saya sembelih ayam terbabit. Saya simpati keadaan ayam itu yang tidak boleh makan atau minum,” katanya.
Persiapan menyembelih ayam terbabit dilakukan seorang penduduk, Oon Md Hussin, 74. Oon berkata, dia membaca beberapa surah al-Quran, selepas itu barulah ayam terbabit mati serta-merta.
“Kejadian seperti itu pernah berlaku kira-kira 60 tahun lalu.
“Saya percaya bahawa kematian itu bukan terletak pada pisau.
“Kuasa ALLAH semua boleh jadi. Oleh sebab itu tiada yang mustahil kerana kita dan semua makhluk lain hanyalah hamba di dunia ini,” katanya.
Sementara itu, Sinar Harian cuba mendapatkan penjelasan mengenai perkara berkenaan daripada pegawai agama daerah Pendang, Syeh Ahmad Shukri Mohamed.
“Kejadian itu menunjukkan keagungan ALLAH SWT. “Ia dianggap pelik memandangkan jangka masa mati agak lama namun dari segi hukum, kita boleh makan ayam terbabit memandangkan kita sudah menyembelih mengikut syarat dan cara Islam,” katanya.sumbwe

Neelofa Bagi ‘Statement’ Berani Mati…Tak Takut Kena Kutuk Ke?


Amboi akak kita sorang ni, bukan main lagi dia bagi ‘nasi tambah’ berhubung debat KJ dengan Rafizi kelmarin.
Neelofa, itulah nama pelakon yang sedang ‘meletup-letup’ sekarang ni, tambahan pula dah jadi pengacara rancangan NONA terbitan TV3
Neelofa Bagi 'Statement' Berani Mati...Tak Takut Kena Kutuk Ke?

Dalam Twitter terbarunya, Neelofa memuji tindakan KJ menyerang kerajaan Selangor
” I like the part when Khairy attacked Selangor state gov. Kemah!,” katanya
Cuma nak tanya sikit, dia tak risau ke kena kutuk atau boikot berhubung kenyataan ini, maklumlah peminatnya bukan dari parti cap dacing saja.
Apapun harap kita terimalah pandangan Neelofa kerana itu hak dia, lagipun setiap orang ada pandangan dan pendapat masing-masing..dia pun tak terkecuali.
Kena profesional…lagipun dia bukan ‘serang’ peribadi, hanya pentadbiran kerajaan negeri secara am sahaja.

10 Permainan Zaman Kanak-Kanak Dulu Yang Paling Popular


zaman sudah canggih sekarang sudah jarang yang mainpermainan zaman kita masih kanak2 dulu! semua hilang akibat besarnya era Teknologi zaman sekarang ini.


Anak anak zaman sekarang lebih memilih main facebook ke cyber cafe dan main game online. dari pada main mainan waktu kita kecil


 1 Teng teng

Mainan ini biasa dimain sama anak perempuan, tapi anak lelaki itu juga sering main demi menjalin keakraban sama budak perempuan. Mainnya membaling batu, sampai mencapai tahap tertinggi (gunung), bahkan ada lagi level lebih tinggi dicipta, level bintang. entah kenapa
namanya ada pelbagai jenis contohnya "teng-teng, berbeza namanya mengikut setiap negeri

Chapplom

letokan dibuat dari buluh, panjang 30 cm dengan diameter 1-1/2 cm. Buluh dipilih yang kuat dan tua supaya tidak cepat pecah. Buluh dibagi dua. Untuk kiu, buluh diraut bulat sesuai dengan lingkaran laras dan bahagian pangkal dibuat pegangan sekitar 10 cm. Potongan buluh yang lain, hujungnya ditambah daun pandan atau daun kelapa yang dililit membentuk kon supaya suaranya lebih nyaring. Peluru dibuat dari kertas yang dibasahkan, kembang, atau pentil jambu air. Peluru dimasukkan ke lubang laras sampai padat lalu disogok.


Permainan bekel umumnya dimainkan oleh anak-anak perempuan tapi permainan ini juga boleh dimainkan oleh anak laki-laki. Bekel merupakan permainan melontarkan bola ke atas dan menangkapnya kembali. Tetapi pada masa yang sama harus mengambil atau mengubah posisi biji-biji yang ada sesuai peraturan tingkat kesukaran yang dijalankan



 Congkak


Congkak adalah suatu permainan tradisional yang dikenali dengan berbagai macam nama di seluruh malaysia. Biasanya dalam permainan, sejenis cangkang kerang digunakan sebagai biji congklak dan jika tidak ada, kadangkala digunakan juga biji-bijian dari tumbuh-tumbuhan.

Gasing

Gasing / adalah permainan yang boleh berputar pada aci dan mengimbang pada satu titik. Gasing merupakan permainan tertua yang ditemui di pelbagai laman arkeologi dan masih boleh dikenali.

Monopoli

Monopoli adalah salah satu permainan papan yang paling terkenal di dunia. Objektif permainan ini adalah untuk menguasai semua petak di atas papan melalui pembelian, penyewaan dan pertukaran harta dalam sistem ekonomi yang dimudahkan.



 Bermain Guli

Permainan paling top bagi kaum lelaki (bukan kerana punya guli), tapi pasti ingat masa jayanya main kguli menang terus sampai punya beberapa bekas guli.


 Layang-Layang

Paling sesuai dimain lepas hari berangin seperti akhir-akhir ini. Amaran: boleh menyebabkan kulit hitam dan rambut jadi berwarna perang



 Sorok-Sorok


Sorok Sorok adalah sejenis permainan yang boleh dimainkan oleh sekurang-kurangnya 2 orang, namun jika semakin banyak akan semakin seru


Ular Naga


Ular Naga adalah satu permainan berkumpulan yang biasa dimainkan di luar rumah di waktu petang dan malam hari. Tempat bermainnya di tanah lapang atau laman rumah yang agak luas. Lebih menarik apabila dimainkan di bawah cahaya rembulan. Pemainnya biasanya sekitar 5-10 orang, boleh juga lebih, anak-anak umur 5-12 tahun

Gambar Kereta Lamborghini Dihancurkan Di Depan Orang Ramai



Seorang pemilik Lamborghini Gallardo di China marah setelah perkhidmatan yang diberikan oleh pengeluar supercar dari Itali tidak sesuai dengan yang diharapkan.

Kesabarannya habis, ketika supercar dengan harga 1juta ringgit tidak boleh dihidupkan setelah enam bulan dibeli. Merasa ada yang tidak kena pada kereta eksotik itu, dia pun menghubungi dealer tempatan Lamborghini.

Tapi jawapan dari pihak dealer menyatakan bahawa mereka tidak akan mendapati masalahnya setelah kenderaan itu diperiksa. Alhasil, kereta itu tetap saja tidak boleh dihidupkan.

Tidak puas hati dengan jawapan tersebut, lelaki China yang tidak disebutkan namanya itu kemudian cuba menghubungi CEO Lamborghini, Stephan Winkelmann, serta ibu pejabat Lamborghini di China dan syarikat induk Lamborghini iaitu VW Group.

Sayang usaha itu tidak juga membuahkan penyelesaian dan membuatnya putus asa. Hingga akhirnya, ia menumpahkan kemarahan dan kekesalannya dengan cara menghancurkan kereta itu di depan umum bertepatan dengan Hari Pelanggan Dunia pada tahun lalu.

Ia pun memanggil orang-orang untuk menghancurkan kereta tersebut.
Aksi itu sengaja di filem-kan untuk membuat malu si pembuat supercar yang paling tersohor di dunia. Dan kini, China Car Times melaporkan si pemilik Gallardo kembali lagi untuk memalukan Lamborghini dan the VW Group dengan membawa kereta yang telah dihancurkannya itu dalam sebuah tour di  China.

Perhentian pertama adalah pameran kereta Qingdao minggu lalu di mana kereta hancur itu dipamerkan di atas trak.

Namun, belakangan diketahui, lelaki itu membeli Gallardo dalam keadaan bekas pakai dari Jerman. Setelah itu, ia membawa kereta itu kepada peniaga Lamborghini dengan kerap mengalami masalah mekanikal. Tak cuma itu, ia juga mendakwa keretanya tercalar di bengkel tersebut. Sementara pihak Lamborghini mengaku tidak merasa membuat kereta itu tercalar.

Aksi ini jelas sangat memalukan bagi Lamborghini dan tentu kita akan ingintahu bagaimana cara kedua-dua belah pihak mencari penyelesaian untuk masalah ini agar tidak berterusan ini kan












 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story